
Aplikasi VisitKL permudah pelancong
PELANCONG antarabangsa mahupun tempatan yang berkunjung ke ibu negara kini boleh menggunakan aplikasi VisitKL yang dibangunkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merancang perjalanan dengan lebih mudah. Ia membolehkan pengguna menempah penginapan serta mendapatkan maklumat mengenai tarikan utama di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, VisitKL turut menyenaraikan acara dan program