
KUSKOP tawar moratorium kepada usahawan terjejas banjir
KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi tempoh tiga ke enam bulan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terkesan dengan bencana banjir. KUSKOP menerusi kenyataan, berkata terdapat usahawan dan koperasi yang mengalami kerugian akibat kerosakan premis, peralatan dan stok barangan perniagaan