
Kenaikan gaji penjawat awam: Salah satu bentuk sokongan moral
KENAIKAN gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu sokongan moral kepada golongan itu dalam meningkatkan produktiviti kerja. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, ia juga cerminan sikap ambil berat Perdana Menteri terhadap penjawat awam yang