Fitnah vs Fakta

Penjualan minuman keras masih tertakluk garis panduan

KECOH baru-baru ini dalam laman sosial mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelbagai maklum balas diterima di mana rata-ratanya mengecam kerajaan yang dikatakan tidak peka dengan situasi tersebut dan sewenang-wenangnya membuat keputusan.