Berita

Cuaca diramal baik esok sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik sepanjang hari di ibu negara esok, iaitu pada hari berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17. Berdasarkan laporan ramalan cuaca yang dipaparkan di laman sesawang MetMalaysia hari ini (setakat 4.30 petang), tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi, petang dan malam bagi seluruh kawasan