
Anwar hadir Mesyuarat Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam ini, bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Selain Anwar, beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan turut kelihatan menghadiri mesyuarat berkenaan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO