
Berita
Skim pelaburan mesin layan diri: Polis terima 58 laporan, kerugian lebih RM6 juta
JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menerima sejumlah 58 laporan polis berkaitan skim pelaburan mesin layan diri yang dianjurkan sebuah syarikat, setakat ini. Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kerugian keseluruhan yang dicatatkan berjumlah lebih RM6 juta dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.