Berita

Akta 333 akan dipinda bagi kenakan tindakan lebih tegas terhadap pemandu bawah pengaruh dadah – Loke

KERAJAAN bercadang meminda Seksyen 45A di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah walaupun tidak menyebabkan kemalangan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata cadangan tersebut akan diusulkan ke Persidangan Ketiga Dewan Rakyat pada Oktober ini selepas perbincangan lanjut bersama pegawai kementerian dan