
Rezeki jinakkan keli, pemancing bawa pulang RM5,000
SETELAH dua tahun mencuba nasib dengan menyertai pelbagai pertandingan memancing akhirnya tuah menyebelahi Md Darapi Awang, 55, yang berjaya dinobatkan sebagai juara Cabaran Joran Kuala Lumpur (CJKL) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Peserta berasal dari Cheras ini tidak menyangka usaha menaikkan ikan keli seberat 12.180 kilogram (kg) melayakkan dirinya membawa