
Lima negeri rekod penurunan jumlah mangsa banjir
MANGSA banjir di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pagi ini menunjukkan penurunan angka, manakala di Selangor dan Terengganu kekal. Di Johor, jumlah mangsa banjir di tujuh daerah menurun kepada 5,399 orang daripada 1,430 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 5,923 orang melibatkan 1,585 keluarga malam