Berita

Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat – Bukit Aman

SEBANYAK 494 kes penipuan penyamaran sebagai rakan atau kenalan melibatkan kerugian RM2.5 juta dikesan pihak polis sepanjang tahun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.