
Kerangka kawal selia Internet langkah proaktif pastikan keselamatan pengguna terutama kanak-kanak
USAHA kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia baharu berkaitan Internet menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dianggap proaktif dalam memastikan keselamatan pengguna di platform media sosial, terutamanya golongan kanak-kanak. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata ketiadaan kawal selia seperti itu boleh menyebabkan berlakunya peningkatan salah laku di