
Berita
Masters Indonesia: Zii Jia mulakan kempen dengan kemenangan
JAGUH badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan meraih kemenangan di Istora Senayan di Jakarta, awal pagi tadi. Pemain ranking keempat dunia itu tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.