
Berita
Pemimpin Labuan, rakyat jalin ukhuwah
SERAMAI 400 ahli UMNO dan warga Labuan berganding bahu mengimarahkan ibadah korban sekali gus memupuk semangat muafakat antara pemimpin dan masyarakat di pulau tersebut. Penganjuran Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha yang dianjurkan UMNO Labuan baru-baru ini dilihat dapat menyatukan umat Islam menjadi sebuah keluarga besar yang cintakan perpaduan.