
Malaysia-China akan bincang tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi
MALAYSIA akan menghubungi kerajaan China bagi membincangkan sama ada ia boleh melanjutkan tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi yang akan tamat pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau optimis kerajaan China akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu memandangkan kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik yang kukuh