
Pelaburan Google tanda keyakinan terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI – Fahmi
PELABURAN Google berjumlah US$2 bilion (RM9.4 bilion) merupakan petanda positif bahawa pelabur mempunyai keyakinan utuh terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata perkara itu wajar dijadikan pencetus semangat untuk meningkatkan produktiviti kerja, dan pada masa sama bergerak dengan lebih pintar untuk menarik lebih banyak pelaburan ke