
Tiada lagi isu teknikal libatkan pesawat A330neo Malaysia Airlines
TIADA lagi isu teknikal berbangkit melibatkan pesawat baharu Airbus A330neo milik Malaysia Airlines yang dihentikan sementara pada 22 dan 23 Disember lalu. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini selepas pesawat itu berdepan isu teknikal disebabkan oleh pengeluar pesawat iaitu Airbus dan pembekal enjin Rolls-Royce. “Secara umumnya, pengeluar pesawat