
Pinda garis panduan: LPF pelawa penggiat industri kreatif sertai sesi libat urus
LEMBAGA Penapis Filem (LPF) mempelawa penggiat industri kreatif menyertai sesi libat urus bagi memberi maklum balas mereka mengenai pindaan Garis Panduan LPF yang diusahakan sejak dua tahun lepas. Pengerusi LPF Datuk Mohd Dusuki Ya’acob berkata maklum balas itu penting agar LPF dapat memperbaiki mutu perkhidmatan mereka agar sesuai dengan kehendak