
Berita
Malaysia sokong keputusan ICC keluar waran terhadap Netanyahu
MALAYSIA menyokong penuh keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan itu wajar kerana ia berdasarkan bukti melibatkan perlanggaran peraturan tentang