
Berita
Kes Sulu: Malaysia boleh guna dua kejayaan di Mahkamah Madrid untuk ketepi Award Akhir
MALAYSIA boleh menggunakan dua kejayaan yang dilakar di Mahkamah Madrid sebagai bukti untuk menyokong permohonan bagi mengetepikan Award Akhir di Mahkamah Paris. Pada 25 Mei 2020, penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa telah mengeluarkan Award Akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang tidak lagi wujud.