
Berita
15 belia Malaysia bersaing dalam WorldSkills bermula semalam, sasar tiga pingat
PERTANDINGAN WorldSkills (WSC 2024) membuka tirainya secara rasmi pada Selasa (10 Sept) di sini, menandakan bermulanya perjuangan 15 belia berkemahiran tinggi dari Malaysia untuk mencapai sasaran tiga pingat pada temasya kali ini. Acara pembukaan WSC 2024, yang merupakan acara ketiga terbesar di Perancis selepas Sukan Olimpik dan Paralimpik itu dirasmikan