Berita

53 kes berkaitan halal direkodkan, rampasan RM1.81 juta

SEBANYAK 53 kes direkodkan berkaitan isu halal termasuk penggunaan logo palsu dan tidak menggunakan perakuan daripada pihak berkuasa berwibawa dalam tempoh sembilan bulan tahun ini. Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia melibatkan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM1.81 juta. Untuk itu tegasnya, pihak