
LHDN sekat 182,666 pembayar cukai ke luar negara
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu yang mempunyai tunggakan cukai setakat 29 Februari lepas. Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata daripada keseluruhan jumlah itu, 171,571 kes melibatkan individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala 11,095 kes membabitkan individu yang mempunyai tunggakan Cukai Keuntungan