
Berita
Belum ada lagi keputusan rasmi tangguh ibadah haji
PUTRAJAYA – Umat Islam diminta tidak menyebarkan khabar angin bahawa berlaku penangguhan ibadah haji pada tahun ini ekoran wabak Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) berkata, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan isu itu.