
CUEPACS harap ada bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sempena Aidilfitri
KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, sempena sambutan Aidilfitri, April nanti. Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata bantuan berkenaan yang kelaziman diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam, sekali gus meringankan