
Pengambialihan, penswastaan MAHB: Kerajaan tidak kompromi isu keselamatan negara
KERAJAAN menegaskan untuk tidak berkompromi dalam isu keselamatan negara walaupun pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan. Menurut Kementerian Kewangan, sebagai sebuah negara yang berdaulat, urusan di pintu masuk negara akan dikendalikan dan dikawal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan Jabatan Imigresen serta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (MCBA).