
Kurma santapan Ramadan
KURMA merupakan makanan sunnah yang memiliki pelbagai khasiat semula jadi. Malah, pada bulan Ramadan, masyarakat disaran untuk mengambil tiga biji kurma bersaiz sederhana untuk satu hidangan. Penyelidik Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ijazah Sarjana Pemakanan Klinikal, Fatin Umairah Mohd Keri berkata kurma mengandungi jumlah serat yang baik untuk sistem penghadaman.