
Berita
Penumpang KTMB Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari sempena Thaipusam
KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memberikan tambang percuma kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 24 dan 25 Januari ini sempena perayaan Thaipusam. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tambang percuma itu akan dikenakan semasa penumpang membuat imbasan masuk dan keluar di pintu automatik (ACG) stesen destinasi dalam tempoh berkenaan.