
Atlet Wilayah
SUKMA 2024: Kristian tambah koleksi pingat emas
PELARI jarak jauh Wilayah Persekutuan, Kristian Tung meneruskan momentum cemerlang apabila berjaya menambah koleksi pingat emas peribadinya di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menerusi acara yang diadakan pagi tadi. Atlet berusia 20 tahun itu berjaya menamatkan lariannya dalam saingan 5,000 meter (m) dengan catatan 15 minit 20.50 saat (s)