
KPKM buka bilik gerakan bencana
KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana KPKM dan menggerakkan operasi di semua peringkat bagi membantu golongan petani, peladang, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri antaranya di Kelantan dan Terengganu. KPKM dalam kenyataannya berkata pihaknya telah menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana KPKM di