
Berita
Tentera Korea Utara lintas sempadan Korea Selatan lagi
BERPULUH-PULUH tentera Korea Utara melintasi garisan sempadan dengan Korea Selatan dalam kejadian kedua seumpama itu dalam tempoh kurang dua minggu, menurut Seoul pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Dalam kejadian itu, Korea Selatan bertindak melepaskan tembakan amaran menyebabkan tentera Korea Utara segera berundur, kata Ketua Turus Bersama (JCS) di Seoul.