Berita

Sistem tol tanpa palang: 13 syarikat konsesi belum setuju

SEBANYAK 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya belum menyatakan persetujuan bagi pelaksanaan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau ‘multi lane fast flow’ (MLFF). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketika ini rundingan masih dijalankan melibatkan 20 konsesi mengenai MLFF iaitu konsep tol tanpa palang.