
904 mahasiswa asnaf terima komputer riba dari MAIWP
SERAMAI 904 mahasiswa asnaf menerima bantuan komputer riba daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skim Bantuan Komputer Riba 2024. Penyerahan bantuan berkenaan disempurnakan Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer sempena majlis pelancaran skim itu di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini. Syed Kamarulzaman dalam ucapannya berkata skim tersebut diperkenalkan MAIWP bagi meringankan beban