Sekilas

RM 8 juta untuk pembinaan Kompleks IMAM

PERTUBUHAN Sayang Al-Quran memerlukan kos sebanyak RM8 juta bagi pembinaan Kompleks Islam Pondok Madrasah Moden (IMAM) di Teluk Intan, Perak. Kos ini juga turut melibatkan pembinaan sebuah pusat Tahfiz di Banting, Selangor. Menurut pengerusinya, Mejar (B) Mohamad Qayyum A Badaruddin, fokus utamanya adalah pembinaan Kompleks IMAM dan dana yang sudah