
Pelbagaikan sektor ekonomi untuk kestabilan ringgit jangka panjang
MALAYSIA perlu mempelbagaikan sektor ekonominya dan mengurangkan kebergantungan kepada eksport komoditi bagi menstabilkan ringgit dalam jangka masa panjang. Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham berkata pelaburan dalam industri bernilai tinggi seperti pembuatan dan teknologi termaju akan mengurangkan pergantungan kepada eksport dalam denominasi dolar dan memberikan lebih daya tahan terhadap kejutan