Berita

Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah dengan berat 6.13 kilogram bernilai RM1.22 juta yang disembunyikan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 9 Januari lepas. Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan