Klang tidak berisiko kejadian lubang benam – Alexander Nanta
RISIKO kejadian lubang benam (sinkhole) tidak timbul di kawasan Klang kerana kawasan itu tidak didasari batu kapur. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kawasan Klang tediri daripada formasi gula yang merupakan enapan lautan berusia kuarterner terdiri daripada lempung lautan (marine clay) yang perlu diberi perhatian khusus dalam