
Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang lalui detik cemas
SERAMAI tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama di sini, kira-kira 8 pagi tadi. Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.06 pagi sebelum 16 anggota