
Covid-19: Catat 38 kes baharu, tiada kematian
PUTRAJAYA – Hanya terdapat 38 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini selain tiada kematian baharu direkodkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan 5,780 kes keseluruhan di negara ini. “Dari jumlah itu 1,820 kes aktif dan boleh berjangkit namun pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan,”