
Lanjut PKP elak kenaikan kes mendadak
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pelanjutan dua minggu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang fasa ketiga PKP, trend kes terbaharu lebih terkawal tanpa kenaikan mendadak. Katanya, keadaan itu jelas