
KITA 2024 bukti komitmen perkukuh integriti, perangi rasuah
SEBAGAI bukti komitmen memperkukuh agenda integriti dan memerangi rasuah, Sabah akan menganjurkan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 pada 14 Oktober ini. Konvensyen yang merupakan anjuran kali kedua dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dijangka menjadi acara tahunan kebanggaan Sabah dalam memperkasa integriti, khususnya melibatkan kalangan