Berita

Khodi jadi puteri kayangan nakal dalam Lenggang

SELEPAS penyertaan dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2), nama penyanyi Khodi, 19, atau nama sebenarnya Seri Khodijah Kamarul Bahrin semakin popular dalam kalangan peminat muzik tempatan. Tidak mahu berlengah, Khodi kini tampil dengan lagu baharu berjudul Lenggang yang mengisahkan seorang puteri yang tertunggu-tunggu kehadiran putera impiannya, demikian juga ceritanya