
Berita
Penamatan Khairuddin sebagai Ketua Pengarah JKOM perkara biasa
MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan penamatan Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) berkuatkuasa semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sebab penamatan itu. Menurut Fahmi, apa-apa jawatan kontrak yang melibatkan pelantikan atau penamatan ada prosesnya dan itu perkara biasa. “Saya sahkan beliau telah ditamatkan perkhidmatan semalam.