Berita

RM15.11 billion peruntukan untuk 270 program keusahawanan tahun 2024

KERAJAAN memperuntukkan RM15.11 bilion bagi melaksanakan 270 program keusahawanan sepanjang tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam kenyataan berkata berdasarkan pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PMKS (SMEIPA) 2023/2024, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 479,350 penerima.