Berita

Salah guna wang pampasan RM455,000 penduduk rumah panjang, ketua kaum direman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000. Perintah reman selama lima hari sehingga 26 Januari ini dikeluarkan Majistret Galvin Loo Wei Ling selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Bintulu pagi tadi. Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan