
Program KESUMA Madani perkukuh keharmonian antara kaum
PROGRAM Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Madani bersama komuniti India sempena Sambutan Perayaan Thaipusam 2025 semalam diyakini dapat memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum. KESUMA berkata bukan itu sahaja tetapi program itu juga melambangkan kesepaduan dalam kepelbagaian. “Ini selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang mengutamakan keharmonian, kesejahteraan, dan inklusiviti,” kata KESUMA.