Berita

MOT henti pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya untuk jimat

MULAI tahun ini majlis pelancaran kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan diadakan lagi, kata Menterinya Anthony Loke. Beliau berkata ia memandangkan setiap kali dianjurkan kempen berkenaan, ia akan melibatkan kos hampir RM200,000 termasuk perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya dan pemasangan khemah. “Semua majlis