
Keselamatan negara masih terkawal – Saifuddin
KERAJAAN memberi jaminan keselamatan negara terkawal susulan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keselamatan orang awam menjadi keutamaan tertinggi kementerian terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). “Kita beri jaminan keadaan keselamatan negara adalah terkawal. Tidak perlu panik