
Kerajaan MADANI peruntuk RM153.2 juta untuk pembangunan KESEDAR
KERAJAAN MADANI memperuntuk sebanyak RM153.2 juta bagi pembangunan di Wilayah Selatan Kelantan melalui KESEDAR menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi tahun 2024 sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36.47 juta merangkumi pelaksanaan 27 program dan projek pembangunan. Beliau berkata untuk rakyat di