
Inisiatif KEB ikhtiar baharu bantu lebih banyak peniaga, syarikat Bumiputera – Fahmi
INISIATIF-INISIATIF diumum pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 baru-baru ini merupakan usaha terbaru dilakukan oleh Kerajaan MADANI untuk membantu lebih banyak peniaga dan syarikat-syarikat bumiputera, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata bantuan dan sokongan diberikan Kerajaan MADANI tidak berpandukan acuan yang diguna pakai sebelum